Thursday, 2 October 2014

NEW TOPIC FYP.... PROMOSI TOK AMAN BALI BEACH RESORT KELANTAN 


Objektif Kajian

  • Menyelidik tentang keberkesanan periklanan  dalam mempromosikan Tok Aman Bali Beach Resort
  • Membuat cadangan bagi penambahbaikan mempromosikan Tok Aman Bali Beach Resort sebagai tempat peranginan yang terkemuka di negeri 
  • Melihat keberkesanan terhadap cadangan promosi  yang dibuat ke atasa Tok Aman Bali Beach Resort


Kepentingan

Kepentingan kajian yang  dijalankan oleh pengkaji akan memberi faedah  kepada Tok Aman Bali Beach Resort. Melalui kajian iyang dijalankan adalah diharap dapat meningkatkan kedatangan pengunjung di dalam dan luar negara untuk menginap di Tok Aman Bali Beach Resort. Selain itu, dapat memberi maklumat dan faedah kepada masyarakat tentang keunikan-keunikan  dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort yang berkemungkinan sebelum ini masyarakat  tidak mengetahui kewujudan Tok Aman Bali Beach Resort disebabkan ia baru sahaja dibuka iaitu pada  15hb November 2011.

Di dalam kajian ini, akan dapat memberi manfaat kepada pengkaji  dan pelajar grafik di dalam memberi idea, proses rekaan,dan hasil dapatan yang boleh dirujuk untuk kegunaan  pada masa hadapan. Selain itu, penting kepada pengkaji untuk belajar tentang proses, teknik, rekaan,strategi dan metod di dalam menyelesaikan sesuatu rekaan khususnya bagi subjek komunikasi visual. Seterusnya, pengkaji dapat belajar untuk mengetahui pengalaman manusia dan bagaimana untuk berurusan dengan pengurus hotel dan ramai pengunjung. Hasil dapatan atau maklumat yang diperolehi melalui kaji selidik adalah berguna untuk Tok Aman Bali Beach Resort bagi menilai semula promosi yang telah dijalankan.

No comments:

Post a Comment