Topics has been approved for FYP.
PENJENAMAAN
LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BHARU
PENGENALAN
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk
mencadangkan penjenamaan yang baharu untuk Lapangan Terbang Ismail Petra. Lapangan Terbang Ismail Petra adalah sebuah
lapangan terbang yang beroperasi di Kota
Bharu iaitu sebuah bandar di negeri Kelantan,Malaysia. Lapangan terbang ini
dinamakan Ismail Petra kerana diambil daripada nama sultan Kelantan iaitu
Sultan yang ke-13 negeri Kelantan yang
memerintah dari tahun 1980 hingga 2010.
Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan
antara sejumlah lima destinasi domestik dari Malaysia Airlines, AirAsia dan
Firefly dan satu destinasi antarabangsa. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang paling sibuk
di Pantai Timur. Oleh hal yang demikian, Lapangan Terbang Ismail Petra Kota
Bharu perlu mempunyai penjenamaan yang tersendiri dan unik agar dapat diketahu
seperti lapangan terbang yang lain iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan banyak lagi.
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN
Penjenamaan
Penjenamaan
perlu diubah mengikut peredaran masa yang lebih unik dan sesuai iaitu dengan
imej yang tersendiri yang mengambarkan negeri Kelantan. Hal ini kerana,
penjenamaan yang digunakan hanya menggunakan nama sultan Kelantan yang ke-13
iaitu sultan yang memerintah dari tahun 1900 hingga 2001.
Masalah gabungan warna dalam seni
reka bangunan
Visual warna yang dipilih oleh Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra Kota Bharu terlalu banyak penggunaan warna, iaitu warna hijau,
jingga, merah.dan warna rekaan dalaman pula berwarna kuning. Warna tersebut
tidak bersesuaian dengan syarikat penerbangan, walaupun merka mengekalkan warna
islamik. Warna cadangan yang sesuai
untuk syarikat penerbangan di Kota Bharu seperti merah, putih atau biru. Hal ini kerana warna merah
melambangkan sebagai tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan, dan ketabahan.
Warna putih pula merupakan warna yang sangat terang dan digunakan kebaikan,
kerohanian, kesederhanaan, ketepatan, kesempurnaan, pemikiran positif, kelahiran dan keagungan
Logo
Pengunaan logo pada Malaysia Aiports
Holding Berhad (MAHD) tidak bersesuaian diletakkan dalam satu logo dengan syarikat Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra. Hal ini kerana Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra perlu mempunya identiti (logo) yang tersendiri yang
mengambarkan negeri Kelantan.
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
·
Untuk menyelidik imej penjenamaan
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
·
Untuk menganalisis maklumat-maklumat
yang diperolehi bagi membentuk penjenamaan yang unik dan sesuai untuk Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
·
Untuk mencadangkan penjenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota
Bharu yang baharu.
·
Untuk membuat validasi penerimaan
terhadap penjenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu yang
baharu.
No comments:
Post a Comment