NEW TOPIC FYP.... PROMOSI TOK AMAN BALI BEACH RESORT KELANTAN
Objektif Kajian
- Menyelidik tentang keberkesanan periklanan dalam mempromosikan Tok Aman Bali Beach Resort
- Membuat cadangan bagi penambahbaikan mempromosikan Tok Aman Bali Beach Resort sebagai tempat peranginan yang terkemuka di negeri
- Melihat keberkesanan terhadap cadangan promosi yang dibuat ke atasa Tok Aman Bali Beach Resort
Kepentingan
Kepentingan
kajian yang dijalankan oleh pengkaji akan
memberi faedah kepada Tok Aman Bali
Beach Resort. Melalui kajian iyang dijalankan adalah diharap dapat meningkatkan
kedatangan pengunjung di dalam dan luar negara untuk menginap di Tok Aman Bali
Beach Resort. Selain itu, dapat memberi maklumat dan faedah kepada masyarakat
tentang keunikan-keunikan dan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort yang
berkemungkinan sebelum ini masyarakat
tidak mengetahui kewujudan Tok Aman Bali Beach Resort disebabkan ia baru
sahaja dibuka iaitu pada 15hb November
2011.
Di
dalam kajian ini, akan dapat memberi manfaat kepada pengkaji dan pelajar grafik di dalam memberi idea,
proses rekaan,dan hasil dapatan yang boleh dirujuk untuk kegunaan pada masa hadapan. Selain itu, penting kepada
pengkaji untuk belajar tentang proses, teknik, rekaan,strategi dan metod di
dalam menyelesaikan sesuatu rekaan khususnya bagi subjek komunikasi visual.
Seterusnya, pengkaji dapat belajar untuk mengetahui pengalaman manusia dan
bagaimana untuk berurusan dengan pengurus hotel dan ramai pengunjung. Hasil
dapatan atau maklumat yang diperolehi melalui kaji selidik adalah berguna untuk
Tok Aman Bali Beach Resort bagi menilai semula promosi yang telah dijalankan.