Topic For FYP
VISUAL
IDENTITI LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL
PETRA KOTA BHARU
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk
mereka bentuk dan mencadangkan identiti visual untuk Lapangan Terbang Ismail
Petra. Lapangan Terbang Ismail Petra
adalah sebuah lapangan terbang yang
beroperasi di Kota Bharu iaitu sebuah bandar di negeri
Kelantan,Malaysia. Lapangan terbang ini dinamakan Ismail Petra kerana diambil
daripada nama sultan Kelantan iaitu Sultan
yang ke-13 negeri Kelantan yang memerintah dari tahun 1980 hingga 2010.
Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan
antara sejumlah lima destinasi domestik dari Malaysia Airlines, AirAsia dan
Firefly dan satu destinasi antarabangsa. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang paling sibuk
di Pantai Timur. Oleh hal yang demikian, Lapangan Terbang Ismail Petra Kota
Bharu perlu mempunyai identiti visual yang tersendiri agar dapat diketahu
seperti lapangan terbang yang lain iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) dan
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN
Masalah gabungan warna dalam seni
reka bangunan
Visual warna yang dipilih oleh Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra Kota Bharu terlalu banyak, iaitu warna hijau, jingga, merah.dan
warna rekaan dalaman pula berwarna kuning. Warna tersebut tidak bersesuaian
dengan syarikat penerbangan, walaupun mereka mengekalkan warna islamik. Warna cadangan yang sesuai untuk syarikat
penerbangan di Kota Bharu seperti merah, putih
atau biru. Hala ini kerana warna merah melambangkan sebagai tenaga,
kekuatan, keghairahan, keriangan, dan ketabahan. Warna putih pula merupakan
warna yang sangat terang dan digunakan kebaikan, kerohanian, kesederhanaan,
ketepatan, kesempurnaan, pemikiran positif,
kelahiran dan keagungan
Logo
Pengunaan logo pada Malaysia Aiports
Holding Berhad (MAHD) tidak bersesuai diletakkan dalam satu logo dengan syarikat Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra. Hal ini kerana Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra perlu identiti
visual(logo) yang tersendiri yang mengambarkan negeri Kelantan.
2. KORPORAT
IDENTITI KEDAI BUKU BANGGOL(KBB)
Kedai Buku Banggol (KBB) hanya
diperkenalkan negeri Kelantan dan Terengganu. Kedai Bagi menggalakan lebih
ramai generasi kini untuk membaca buku
identiti korporat kedai buku
memainkan peranan yang amat penting
iaitu dari segi konsep seni reaka, elemen-elemen seni reka, promosi dan
banyak lagi. Oleh itu, penyelidik
membuat penyelidik terhadap Kedai Buku Banggol(KBB) yang menjual
buku sesuai untuk dijadikan rujukan
masyarakat Islam terutamanya untuk khalayak umum kerana benar-benar berada di
pentas realiti yang sesuai diamalkan. Menariknya pengarang mengemukakan
pelbagai pendapat fatwa ulama serta dilandaskan dengan nas-nas sama ada
al-Quran dan al-Sunnah.
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN
Elemen identiti korporat Kedai Buku
Banggol(KBB) tidak menonjol
Masalah KBB ini adalah berkaitan
dengan penggunaan elemen identiti korporat yang tidak menonjol. Terlalu
banyak penggunaan warna iaitu merah,
putih, kuning, dan hitam. Penggunaan warna yang sesuai untuk KBB adalah warna
merah dan putih kerana warna tersebut menampakkan prinsip harmoni. Pekerja KBB
juga tidak disediakan uniform yang khas ketika menjalankan tugas. iaitu tidak
ada keseragaman dalam korporat. Mereka hanya memakai t-shirt dan kemeja lengan
pendek pada waktu bekerja
Visual identiti Kedai Buku
Banggol(KBB) mengaburi pandangan audien apabila diletakkan bersebelahan dengan
kedai lain
Terlalu banyak penggunaan warna iaitu merah, putih, kuning,
dan hitam. Penggunaan warna yang sesuai untuk KBB adalah warna merah dan putih
kerana warna tersebut menampakkan prinsip harmoni.Penguunaan logo juga tidak
seragam di semua cawangan.Hal ini kerana di pasaran terdapat banyak saingan
antara kedai-kedai buku yang lain. Oleh itu, identiti memainkan peranan penting
pada sesebuah kedai.
Pendedahan latar belakang Kedai Buku Banggol kurang(KBB)
Walaupun KBB menjual buku yang amat
sesuai menjadi rujukan masyarakat Islam terutamanya untuk khalayak umum tetapi
kurangnya pendedahan yang terperinci tentang latar belakang kedai tersebut
treutamanya di dalam internet. Pasaran buku pula hanya tertumpu di negeri
Kelantan dan Terengganu.
3.KEMPEN
PENJAGAAN KANAK-KAN AK DI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)
TASKA adalah singkatan kata dari
Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan sebagai "mana-mana
premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun ke
bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah."TASKA adalah berbeza
dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk
membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibu bapa.
Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tujuan
penyelidikan ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan cara penjagaan di
TASKA dan ingin membuang tanggapan ibu bapa atau masyarakat terhadap pekerja
Taska yang mendera kanak-kanak. Tidak
dinafikan sesetengah TASKA mempunyai kekurangannya tersendiri. Tetapii masih
banyak lagi TASKA yang menjalankan tanggugjawab dengan betul. Hal ini terletak
pada pilihan keluarga itu sendiri memilih TASKA yang terbaik untuk anak-anak
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN
Tanggapan masyarakat yang negatif
Ibu bapa sering kali beranggapan
tidak selamat jika diletakkan anak-anak di bawah jagaan pihak TASKA. Ibu bapa
perlu mempunyai sifat kepercayaan kepada pengasuh TASKA. Hal ini kerana
pengasuh juga telah menjalani beberapa kursus awal kanak-kanak. Oleh itu untuk
menghilangkan anggapan itu, ibu bapa perlulah bijak mencari mana-mana TASKA dan
pengasuh yang berdaftar.
4. MEMPROMOSIKAN BUAH KURMA DI
MALAYS
Buah kurma atau tamar pastinya
menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah untuk berbuka puasa.
Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya
matahari kerana ia perkara yang disunatkan. Kurma berasal di sekitar Teluk
Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir,
kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma
berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi. Buah ini kemudian
dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol
yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada
1765. Kurma dibawa ke Malaysia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang
datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.Pengusaha kurma terkemuka di negara ini, Datuk Yusuf Taiyoob.Tujuan
penyelidikan ini adalah unruk memperkenalkan dan mempromosikan buah
kurma kepada masyarakat,
bukan sahaja di amalkan pada bulan
ramadhan.
PERMASALAHAN PENYELIDIKAN
Tanggapan yang salah oleh
masyarakat
Kebanyakan masyarakat umat islam
mengamalkan memakan buah kurma untuk berbuka puasa sahaja iaitu di bulan
ramadhan. Apabila masuk bulan-bulan
selain ramadhan, buah kurma semakin dilupakan. Sebenarnya buah kurma boleh juga
diamalkan pada bulan lain. Hal ini kerana buah kurma mempunyai banyak khasiat.
Tiada pengetahuan tentang khasiat
buah kurma
Masyarakat atan generasi muda
sekarang tidak mempunyai pengetahuan tentang khasiatnya memakan buah kurma.
Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat merawat atau mengubati penyakit seperti
kencing manis.selain itu kurma juga hidangkan dalam pelbagai resipi dan juadah.
5. MEMPERKENALKAN PELBAGAI BAHASA DIALEK DI MALAYSIA TANPA MEMINGGIRKANN BAHASA MELAYU
Dialek dikenali sebagai variasi bahasa
iaitu variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan
masyarakat tersebut. Kepelbagaian bahasa itu ditentukan oleh faktor teknikal
bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek ditentukan oleh beberapa
faktor iaitu kedudukan geografi, kumpulan sosial, perwatakan peribadi dan
konteks semasa. Dialek terbahagi kepada dua iaitu dialek geografi dan dialek
sosial. Dialek geografi merangkumi dialek yang digunakan oleh masyarakat di
kawasan tertentu seperti dialek selatan, dialek utara, dialek pantai timur dan
dialek pantai barat. Dialek ini ditentukan berdasarkan ruang geografi tempat menetapnya
penutur sesuatu bahasa berkenaan. Dialek sosial digunakan apabila berlakunya
pelbagai situasi sosial tertentu seperti situasi rasmi dan tidak rasmi yang
mengandungi bahasa kasar,halus dan neutral. Tujuan penyelidikan ini adalah
untuk memperkenalkan pelbagai bahasa dialek kepada masyarakt di Malaysia tanpa
meminggirkan bahasa Melayu
PERMASALAHAN
PENYELIDIKAN
Tidak
memahami dialek bahasa lain
Masyarakat sekarang saling tidak memahami apabila berdialek menggunakan bahasa lain.
Apabila kita memperkenalkan jenis-jenis bahasa dialek, mereka akan lebih
memahami dan boleh berkomunikasi dalaam apa jua bahasa dialek dalam urusan
tidak rasmi atau tidak formal seperti
dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan seharian.
Berlaku
masalah pergaulan (tidak kesefahaman atau keserasian)
Pada masa kini, banyak berlaku
masalah pergaulan.hal ini kerana mereka mengangggap tidak ada kesefahaman dalam
diri mereka disebabkan bahasa dialek yang berbeza yang sukar difahami.
Seterusnya mengambil jalan mudah untuk tidak berkomunikasi. Dengan
memperkenalkan dan meniklankan pelbagai bahasa dialek ini, mereka berasa lebih
bersemangat dalam pergaulan.